Dunia Blogging

dunia blogging
Dunia blogging di Malaysia boleh saya katakan kian berkembang dari hari ke hari. Boleh dikatakan hampir setiap hari akan muncul blog baru, lebih dari satu rasanya. Mungkin daripada blogger baru atau lama.

Blog peribadi usah dibicarakan, rasanya hampir semua blogger mempunyai blogger peribadi sendiri. Mungkin tidak menulis kisah peribadi secara menyeluruh, tapi pasti diselitkan sedikit dalam blog tersebut.

Tetapi pernahkah anda terfikir seperti saya, “Sejauh manakah hidup sebagai seorang blogger atau dunia blogging kekal di dalam diri?” atau lebih mudah difahami “Sampai bila saya akan menulis blog?”.

Apa yang saya lihat, jika menulis blog atau membina blog untuk mendapatkan duit atau buat duit dengan blog akan mendatangkan tekanan pada diri sendiri. Tetapi jika sudah memilih kerjaya ini, perlulah dihadapi dengan tenang.

Cabaran Dunia Blogging

Jika anda seorang yang memikirkan untuk mendapatkan duit sampingan melalui blog, sudah pasti ada cabaran di dalam dunia blogging. Begitu juga jika anda seorang yang gemar menyertai contest melalui blog anda. Sudah pasti anda akan fikir bagaimana untuk menang bukan.

Menulis blog jika hanya untuk diri sendiri atau sekadar syok sendiri, mungkin trafik atau pembaca tidak pernah bermain di dalam fikiran. Tetapi tidak bagi saya, ianya penting. Kerana saya ingin berkongsi dan menyampaikan sesuatu melalui blog saya.

Apa yang lebih perlu diambil berat, sejauh manakah kepentingan dan kegunaan setiap artikel yang disampaikan. Adakah ianya sampai atau tidak.

Baiklah, artikel dunia blogging ini sekadar ingin meyampaikan bahawa Mohd Isa Network akan dijadikan platform saya untuk menyampaikan sedikit ilmu blogging yang ada pada saya untuk pembaca dan sahabat blogger yang dikenali.

Untuk blog peribadi saya, sila layari Blog Mohd Isa di mana saya kongsikan sedikit kisah peribadi saya, teknik SEO blog, gaya hidup dan lain-lain.

 

Comments

      • says

        Apa misi sebenarnya ko ni, aku tak faham, eheheh. Anyway, welcome back to blogging scene, lulz, teringat zaman kegemilangan, tahun 2009. Well, aku pun rasa nak kembali, tapi maybe dengan versi journalism yang berbeza.

        • says

          Blog aku still alive la, yang ini just blog sampingan. Misi utama nak share pasal ilmu blogging sahaja di sini. Journal di mohdisa.my

          Tak sabar nak baca journal ko, antara penulis yang aku gemar. Haha!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *